Lenggu anak China

Pegawai Warren II Lenggu Ak Cina adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Sungai Baloh, Ngemah, Kanowit, Sarawak. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Jun 1972 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis semasa menjalankan operasi di Sungai Katibas.Dalam pertempuran tersebut, Pegawai Warren II Lenggu Ak Cina bersama kumpulan yang diketuai oleh Lt M Anuar Basha Khan Akaria diserang hendap di Tanjung Batu Babi pada 20 Jan 1971. Sungguhpun menerima tembakan musuh yang bertubi-tubi, ia tidak menghalang PW II Lenggu daripada merapati tebing sungai dan menggempur kedudukan musuh. Kumpulan PW II Lenggu berjaya membunuh empat orang pengganas komunis dan memaksa mereka meninggalkan kedudukan. Pasukannya mengalami tujuh kematian manakala dua anggota termasuk Lt M Anuar Basha tercedera. Selaras senjata bersama 30 butir peluru 303 dan dokumen pengganas merupakan antara kelengkapan musuh yang berjaya dirampas